TEHERAN: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Rezaei berkata, Amerika Syarikat (AS) telah menerima sebahagian daripada tujuh syarat yang dikemukakan Iran bagi menamatkan konflik itu.
Namun, Teheran menganggap keseluruhan maklum balas Washington sebagai tidak memenuhi tuntutan Iran.
Rezaei membuat kenyataan itu menerusi hantaran di platform X pada lewat Ahad sambil menegaskan bahawa hubungan kedua-dua negara tidak akan kembali kepada keadaan seperti sebelum ini.
Rezaei berkata, AS bersetuju dengan sebahagian daripada tujuh syarat Iran tetapi beliau tidak menyatakan secara terperinci syarat yang dipersetujui dalam hantaran awamnya.








