Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151).

Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 159, makala Rompin 53 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 157.

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 156, manakala Paka 133, dan Alor Gajah, Melaka 103.