KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151).Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 159, makala Rompin 53 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 157.Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 156, manakala Paka 133, dan Alor Gajah, Melaka 103.Sementara itu, sebanyak 50 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Key takeaways
15 kawasan di negara ini mencatat IPU tidak sihat pada pukul 9 pagi, dengan Pasir Gudang, Johor mempunyai bacaan tertinggi iaitu 180.
- Johor mempunyai tujuh kawasan dengan IPU tidak sihat, termasuk Larkin dan Kota Tinggi.
- Pahang dan Terengganu juga mencatatkan kawasan dengan IPU tidak sihat.
- 50 kawasan lain mencatat IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan pada tahap baik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Berita Harian , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi
- Harian Metro Jerebu: 35 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Berita Harian Jerebu meluas, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Sinar Harian Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi (this story)








