SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof dilapor meninggal dunia sebentar tadi.Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, Petaling Jaya untuk urusan mandi, kafan dan solat jenazah.Allahyarham Marhaini memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.Beliau antara individu yang giat memperjuangkan usaha membudayakan interaksi dengan al-Quran menerusi kempen World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan pelbagai inisiatif berkaitan.Di bawah gerakan berkenaan, masyarakat digalakkan meluangkan masa untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia

Key takeaways
CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.
- Marhaini Yusof meninggal dunia dan jenazahnya dibawa ke Masjid Al-Mukhtadin.
- Beliau memainkan peranan penting dalam kempen #QuranHour di Malaysia dan antarabangsa.
- Beliau giat memperjuangkan usaha membudayakan interaksi dengan al-Quran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








