Penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 pada 10 dan 11 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak menjadi platform penting bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan persediaan menghadapi risiko bencana mahupun kecemasan.Membawa tema ’Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama’, program yang dijadual berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu menghimpunkan ’tulang belakang’ daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawah satu operasi bersepadu khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Operasi) Nadma, Datuk Zainal Azman Abu Seman berkata, BKN 2026 bukan hanya memfokuskan tindakan ketika bencana berlaku, tetapi juga menekankan kepentingan persediaan awal, pengetahuan asas serta keupayaan masyarakat untuk bertindak pantas dan efisien apabila berdepan situasi kecemasan.Pada hemat beliau, pendekatan tersebut penting memandangkan Malaysia sering kali berdepan ancaman bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran serta kejadian luar jangka."Nadma kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya yang mana peranan agensi khas ini mengkoordinasi dan mengoperasikan pengurusan bencana di peringkat pusat, negeri serta daerah. "Seperti semua sedia maklum, ia tercetus semasa tragedi ’Bah Kuning’ pada 2014 yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor."Memandangkan kita sudah berada pada hujung tahun dan berdepan musim Monsun Timur Laut, penganjuran BKN 2026 di Ipoh akan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat tentang respons atau persediaan sebelum, semasa dan selepas bencana," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Setiap tahun BKN akan bukan hanya membariskan agensi teknikal dan tindak balas seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).Malahan, semua agensi termasuk pasukan khas seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), unit jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat dalam operasi penyelamatan itu.Dalam hubungan ini, tugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu juga diberi setinggi-tinggi penghargaan kerana menyediakan banyak bantuan kepada mangsa sebelum, semasa dan selepas bencana.Dokumen selamat ketika bencanaZainal Azman menambah, Nadma turut memainkan fungsinya menerusi program Community-Based Disaster Risk Management bagi memastikan aset-aset ketenteraan, penguatkuasaan, bantuan penyelamat serta pemusatan pengurusan bencana meliputi Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Menerusi BKN 2026, masyarakat bakal didedahkan dengan kaedah penyimpanan dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, sijil, geran dan sebagainya jika tempat tinggal terke