KOTA MARUDU - Bangunan sekolah menempatkan bilik guru, pejabat am dan stor musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon di sini pada petang Sabtu.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Debli Mamoi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.53 petang.Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Kota Marudu."Menurut laporan, kebakaran melibatkan bilik guru, pejabat am dan stor sekolah jenis separuh kekal dua tingkat, dengan anggaran kemusnahan sebanyak 95 peratus."Operasi memadam api dimulakan menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan tangki air," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Ahad.Katanya lagi, api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan berhampiran."Hasil pemeriksaan lanjut, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan."Operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan sehingga selesai sekitar jam 10.37 malam. Operasi ditamatkan selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi," katanya.Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, kebakaran hanya melibatkan bangunan blok pentadbiran."Hanya yang terbakar ialah bangunan blok pentadbiran dan bilik guru manakala kelas tidak terlibat."Sesi persekolahan berlangsung seperti biasa esok," katanya.
Bangunan pentadbiran sekolah, stor terbakar

Key takeaways
Bangunan sekolah di SK Langkon musnah akibat kebakaran pada petang Sabtu.
- Kebakaran melibatkan bilik guru, pejabat am dan stor sekolah.
- 11 anggota balai bomba bertindak balas dan memadam api dalam tempoh lebih tiga jam.
- Kemusnahan dianggarkan sebanyak 95 peratus dan tiada bahaya lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Pelajar dakwa alami tekanan parah jatuh bangunan sekolah
- Sinar Harian Bangunan pentadbiran sekolah, stor terbakar (this story)








