KULIM: Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, berkata remaja terbabit masih dirawat di Hospital Kulim akibat kecederaan parah dialami.

"Kita sedang ambil keterangan beberapa individu dan dalam kes ini tiada tangkapan dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di daerah ini, Ahad lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika waktu rehat.