KUALA LUMPUR: Kenaikan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 serta pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak satu mata peratusan dijangka memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dalam mengurus kos sara hidup.
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 semalam itu mendapat perhatian pembayar cukai kerana had pelepasan berkenaan tidak pernah disemak sejak 2010.
Pengurus besar sebuah syarikat automotif, Nur Jamalia Jamal, 30, berkata kenaikan had pelepasan asas itu bersama pengurangan kadar cukai membolehkan pembayar cukai menikmati penjimatan yang boleh dimanfaatkan untuk keperluan harian dan simpanan keluarga.








