KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara menunjukkan peningkatan dengan 14 lokasi masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi ini, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Berdasarkan bacaan terkini, sebanyak 50 stesen pemantauan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala empat stesen lagi mencatatkan tahap baik.

Pasir Gudang, Johor, merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 179, diikuti Larkin (178) dan Kota Tinggi (165).

Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat di Johor ialah Tangkak (163), Segamat (161), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (145).