BUTTERWORTH: Langkah kerajaan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa, sudah lama dinantikan.

Bagi keluarga, pindaan itu bukan sekadar memberi sedikit kelegaan kepada mangsa dan waris, malah diharap menjadi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjawab serta tidak memandu dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa orang lain.

Berkongsi rasa syukur terhadap pengumuman itu, Nerema Abdullah, 63, yang kehilangan anak lelaki, Allahyarham Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi akibat pemandu mabuk, lega apabila kerajaan akhirnya mengambil langkah meminda akta berkenaan.

"Saya memang menyokong sepenuhnya pindaan akta ini kerana ia sepatutnya sudah lama dilaksanakan demi memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan.