PETALING JAYA – Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kemalangan membayar pampasan kepada mangsa bakal memperkukuh perlindungan terhadap individu yang terjejas akibat kecuaian di jalan raya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 itu bukan sahaja memperketat tindakan terhadap pesalah, malah memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat pembelaan sewajarnya.
Menurutnya, langkah berkenaan merupakan antara tiga inisiatif utama yang diumumkan kerajaan bagi memperkukuh keselamatan jalan raya, meningkatkan penguatkuasaan serta menjaga kebajikan pengguna pengangkutan.








