Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan supaya mengkaji data membabitkan gelandangan di pusat bandar yang dikumpul melalui siri operasi penguatkuasaan, sejak tiga tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata tindakan itu bagi mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk menoktahkan isu berkaitan gelandangan di sekitar pusat bandar.
Beliau antara lain mahu mendapatkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja di lapangan, sebelum membawa sebarang ketetapan mengenai perkara itu kepada Jemaah Menteri.
"Saya tidak mahu kita sekadar mengulangi operasi (penguatkuasaan ke atas gelandangan).








