RAUB: Sungai Gali dan Sungai Lampan, di sini dipercayai mengalami pencemaran teruk apabila pelbagai spesies ikan ditemukan mati di kedua-dua sungai berkenaan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Fadzli Mohamad Kamal, berkata air sungai bertukar kehitaman selain mengeluarkan bau busuk.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai berkenaan.

Katanya, pemeriksaan disertai wakil Pejabat Daerah Raub, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta polis dan mereka turut memeriksa satu lokasi yang disyaki menjadi punca pencemaran itu.