RAUB – Pencemaran Sungai Gali dan Sungai Lampan di sini semakin membimbangkan apabila pelbagai spesies ikan ditemukan mati, termasuk ikan tilan yang diketahui mempunyai daya tahan tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, keadaan itu mendorong beliau turun meninjau keadaan kedua-dua sungai berkenaan susulan aduan penduduk setempat.

Menurutnya , hasil tinjauan bersama Majlis Daerah Raub (MDR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Raub serta pihak polis mendapati air sungai berwarna hitam dan mengeluarkan bau, selain bangkai ikan ditemukan di sepanjang sungai.

“Hasil tinjauan bersama MDR, JPS Raub serta pihak polis mendapati air sungai berwarna hitam dan berbau, manakala pelbagai spesies ikan ditemukan mati di sepanjang sungai.