SINGAPURA – Biarpun peluang mempertahankan kejuaraan Formula Satu (F1) semakin tipis, pemandu McLaren, Lando Norris menegaskan prestasinya musim ini sebenarnya berada pada tahap lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menjelang Grand Prix Singapura, pelumba Britain itu kini menghuni tangga kelima kejuaraan dunia dengan jurang 132 mata di belakang pendahulu, Kimi Antonelli.
Secara matematik, Norris bakal tersingkir secara rasmi daripada perebutan takhta sekiranya ketinggalan 19 mata kepada Antonelli sepanjang hujung minggu perlumbaan ini.
Bagaimanapun, Norris enggan membiarkan persepsi luar mencemari keyakinan dirinya, sambil menegaskan prestasi semasa tidak sentiasa mencerminkan prestasi sebenar seorang pelumba.









