SEBELUM ini beberapa bintang Bollywood sudah berjaya menawan Hollywood antaranya Priyanka Chopra, Aishwarya Rai, Imran Khan, Anil Kapoor, Deepika Padukone dan Alia Bhatt. Kini tiba giliran pelakon kacak, Vidyut Jammwal mengikut jejak langkah rakan-rakannya.

Vidyut bakal membuat kemunculan sulung di Hollywood menerusi filem Street Fighter dengan membawa watak ikonik, Dhalsim. Kemunculan tersebut sekali gus menjadi antara pencapaian terbesar dalam perjalanan seni Vidyut yang selama ini dikenali sebagai antara pelakon aksi paling versatil dalam industri perfileman India.

Dalam Street Fighter, Vidyut diberi tanggungjawab menghidupkan karakter Dhalsim, watak yang terkenal dengan keupayaan fizikal luar biasa serta elemen yoga dalam gaya pertarungannya.