Kumpulan rock alternatif popular, Disagree yang membuat kemunculan semula selepas berehat lebih sedekad mengakui cabaran besar menuntut mereka menyesuaikan diri dengan perubahan landskap industri muzik moden.

Vokalisnya, Zahid berkata, perbezaan ketara berbanding era awal pembabitan mereka adalah keperluan teknologi persembahan digital serta keaktifan di platform media sosial bagi kekal relevan.

"Ketika kami muda dulu, semuanya pasang dan terus main. Bawa gitar, pembesar suara dan terus buat persembahan.

"Sekarang kena ada In-Ear Monitor (IEM), muzik latar, stems, komputer riba, dan pasukan jurutera bunyi yang memerlukan kos tinggi.