Kuala Lumpur: Rawatan tradisional adalah haram dan wajib ditinggalkan sekiranya terbukti amalan itu mengandungi unsur pemujaan, penyembahan atau pergantungan kepada kuasa selain Allah SWT.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, penggunaan kalimah suci dalam sesuatu upacara tidak semestinya membuktikan bahawa keseluruhan amalan itu menepati kehendak syariat Islam.

Sebaliknya, Mohd Sukki berkata, penentuan hukum terhadap sesuatu amalan hendaklah dibuat berdasarkan penelitian terhadap kandungan bacaan, bentuk upacara, tujuan pelaksanaan dan kepercayaan yang mendasarinya serta bukan semata-mata berdasarkan penampilan pengamal atau bahasa digunakan.

"Islam mengiktiraf rawatan yang berlandaskan syarak dan tidak menolak kaedah rawatan tradisional atau alternatif selagi tidak bercanggah dengan prinsip syariat.