"Ia bagaikan dua dunia berbeza dan sejujurnya, saya begitu merindui kehidupan di sana."
Itulah antara perkongsian penuntut Ijazah Sarjana Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Khairul Danial Adam Khairul Azma, 25, yang pernah mengikuti Yayasan Food Bank sebagai pembantu guru di perkampungan Orang Asli Suku Bateq di Jerantut, Pahang.
Pemuda kelahiran Kuantan dari UiTM Kampus Jengka itu berkata, dia mengambil keputusan untuk menjadi pembantu guru Orang Asli bagi latihan industrinya dalam mempelajari budaya di situ.
"Ramai yang kata keputusan itu membahayakan kerana jauh dari bandar. Tiada talian Internet untuk saya berkomunikasi.








