Zara Qairina Mahathir meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai tahun lalu, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada awal pagi. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Zara Qairina Mahathir pernah menghalang ibunya daripada bersemuka dengan pelajar senior di asrama sekolahnya kerana bimbang tindakan itu akan menyebabkan dia dibuli dengan lebih teruk.

Ibu remaja itu, Noraidah Lamat, 46, yang juga saksi ke-81, berkata dia pernah mencadangkan pertemuan dengan warden, pengawal keselamatan, pelajar senior yang terlibat serta Zara Qairina bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah diadukan anaknya.

Bagaimanapun, Noraidah berkata Zara Qairina tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana bimbang akan menerima tindakan balas daripada kumpulan pelajar senior berkenaan.