PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetengahkan potensi negeri itu dalam sektor pelancongan Islam, makanan halal dan pendidikan menerusi beberapa program di Samarkand, Uzbekistan.
Usaha memperkenalkan Perlis di peringkat antarabangsa itu turut melibatkan kerjasama strategik antara Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dengan Islamic Civilization Center in Uzbekistan (ICCU), selain penganjuran Seminar Warisan Nabawi Antarabangsa (SWAN) kali ke-10.
Menurut kenyataan media, inisiatif berkenaan bertujuan memperkukuh kedudukan Perlis sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim, di samping memperluas jaringan kerjasama pendidikan dan kebudayaan dengan Uzbekistan.






%2Ffile%2Fattachments%2F887%2FBP-budget2027_646120_181362.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
