PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Balik Pulau mendenda seorang pemandu lori dan dua tukang masak warga India RM7,000 selepas mengaku bersalah mencuri 30,000 unit cip bernilai RM2 juta dari sebuah kilang di Bayan Lepas, bulan lalu.
Berita Harian melaporkan B Rashkumar, 35, G Ilayaraja, 24, dan V Sivakumar, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Chia Huey Ting.
Mahkamah turut memerintahkan tiga tertuduh dipenjara setahun, jika gagal membayar denda.
Tiga lelaki itu mengaku bersama mencuri 30,000 unit cip bersepadu di kilang Elite Electronic Product Services (M) Sdn Bhd, 88E Persiaran Bayan Lepas pada 7.30 pagi 20 Sept lalu.






%2Ffile%2Fattachments%2F887%2FBP-budget2027_646120_181362.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
