Shanghai: Novak Djokovic berharap dapat menutup musim 2026 dengan memburu gelaran di Paris Masters dan ATP Finals di Turin selepas dikejutkan Hubert Hurkacz pada pusingan pertama Masters Shanghai.
Djokovic meraih gelaran ke-102 peringkat Jelajah ATP selepas menjuarai Terbuka China di Beijing, Selasa lalu, namun gagal meneruskan momentum apabila tewas kepada Hurkacz.
Pemain Poland itu mencatat kemenangan 6-4, 6-3 untuk menewaskan juara 24 kali Grand Slam itu buat kali pertama dalam sembilan pertemuan mereka.
Walaupun kekalahan berkenaan mengecewakan, Djokovic yang berusia 39 tahun segera mengalihkan perhatian kepada baki saingan musim ini, khususnya kejohanan gelanggang tertutup.








