IPOH: Seorang lelaki berusia 38 tahun mengalami kerugian sebanyak RM12.47 juta selepas aset mata wang kripto dipindahkan keluar daripada dompet digital miliknya tanpa pengetahuan atau kebenarannya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa menyedari kehilangan itu pada jam 1 tengah hari semalam ketika berada di Teluk Intan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati transaksi berkenaan membabitkan pemindahan aset mata wang kripto menerusi rangkaian rangkaian blok (blockchain).

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terbabit serta mengesan transaksi berkenaan dengan bantuan Unit Mata Wang Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan, hari ini.