Jakarta: Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia menunjukkan aktiviti baharu, merekodkan sekurang-kurangnya 13 letusan pada Jumaat sekali gus mendorong pihak berkuasa menaikkan status amarannya kepada Tahap III, tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat negara itu.

Menurut Agensi Geologi, amaran itu dinaikkan dari Tahap II, berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan pada Jumaat, berikutan penilaian aktiviti gunung berapi sejak awal bulan ini.

"Tanda-tanda peningkatan aktiviti pada skala rendah mula muncul pada awal Oktober 2026," menurut agensi itu dalam penilaiannya bertarikh 9 Okt walaupun ia menyatakan bahawa pemantauan seismik tidak menunjukkan peningkatan keseluruhan yang ketara dalam gempa bumi gunung berapi.