KOTA KINABALU: Belanjawan 2027 dijangka menjadi pemangkin pembangunan modal insan di Sabah dan Sarawak menerusi pelbagai inisiatif pemerkasaan ekosistem pendidikan, termasuk peningkatan peluang tajaan pengajian, penambahbaikan prasarana sekolah serta bantuan kebajikan pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata penggandaan tawaran tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 4,200 anak kelahiran kedua-dua negeri itu setiap tahun akan membuka lebih banyak peluang kepada belia Borneo melanjutkan pengajian, khususnya dalam bidang kritikal.

Katanya, inisiatif berkenaan penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional dan kompeten untuk memenuhi keperluan industri, sekali gus memacu pembangunan sosioekonomi di kedua-dua wilayah berkenaan.