KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperkukuh keupayaan anggota serta memperluas kesiapsiagaan operasi di pintu masuk negara susulan peningkatan peruntukan kepada RM490 juta menerusi Belanjawan 2027.
AKPS dalam kenyataan hari ini, berkata antara keutamaan agensi itu tahun depan ialah memantapkan pelaksanaan Skim Perkhidmatan AKPS, meningkatkan kompetensi pegawai dan Malaysia Border Guard (MBG) serta memperluas kesiapsiagaan operasi di pintu masuk diwartakan.
Katanya, persediaan pengoperasian penuh Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru–Singapura turut diberi perhatian bagi memastikan keupayaan kawalan sempadan seiring peningkatan pergerakan manusia, barangan dan perdagangan rentas sempadan.









