NAMA hero sensasi Bollywood, Salman Khan sekali lagi menjadi perhatian apabila kemunculan seorang jejaka muda mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa aktor berkenaan mempunyai seorang anak lelaki.

Namun, dakwaan tersebut tidak berasas dan tercetus selepas foto serta video Sufyan Nadiadwala, anak kepada penerbit terkenal Bollywood, Sajid Nadiadwala tular dalam media sosial.

Sufyan baru-baru ini mencuri perhatian ramai ketika hadir ke tayangan khas filem Prem Keetanu.

Apa yang membuatkan netizen tertarik adalah wajah Sufyan yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Salman ketika aktor berkenaan berada di kemuncak populariti pada era 1990-an.