PETALING JAYA – Menzahirkan rasa cinta, dulang-dulang hantaran pada majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah mencuri perhatian ramai hari ini.

Pada majlis pernikahan yang berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, Syed Saddiq menghadiahkan tujuh hantaran yang setiap satunya membawa maksud istimewa kepada isteri tercinta.

Hantaran yang diserahkan Syed Saddiq kepada Bella dan anak-anaknya, Ayden Adrean serta Ayra Adreanna terdiri daripada emas berbentuk Gunung Kinabalu bersama sebentuk cincin, pasca siswazah Sarjana Komunikasi, Fakulti Komunikasi Taylors Universiti dan sebuah gimnasium lengkap dengan peralatan di kediaman mereka nanti.

Tidak itu sahaja, Syed Saddiq juga memberi sebuah basikal, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM100,000, insurans, ker