KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengakui masalah berkaitan gelandangan boleh berulang jika tiada kemudahan bantuan susulan mencukupi diberikan selepas mereka disaring serta dirujuk ke agensi berkaitan.
Sehubungan itu, Hannah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji data gelandangan yang dikumpul melalui siri operasi penguatkuasaan sejak tiga tahun lalu.
Katanya, ia bagi mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk menoktahkan isu berkaitan gelandangan.
“Sampai bila kita mahu buat operasi gelandangan yang sama, kalau akhirnya









