KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan mengkaji data gelandangan yang dikumpul melalui siri operasi penguatkuasaan sejak tiga tahun lalu, dalam usaha mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk menoktahkan isu berkaitan gelandangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata antara lain mahu mendapatkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja di lapangan, sebelum membawa sebarang ketetapan mengenai perkara itu kepada Jemaah Menteri.
"Saya tidak mahu kita sekadar mengulangi operasi (penguatkuasaan ke atas gelandangan).
"Saya mahu kita memperbaiki sistem supaya mereka yang memerlukan bantuan, tidak terus kembali ke jalanan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.









