JITRA: Kehadiran tiga tonggak utama Star City FC (SCFC), Pedro Henrique, Engku Shakir dan Endrick Dos Santos, dijangka memberi suntikan kekuatan kepada pasukan itu menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.
Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Syed Putra, Star City FC membuka jaringan menerusi Moses Atede sebelum Selangor bangkit mencatat kemenangan 4-1 hasil hatrik Chrigor Moraes dan satu lagi gol oleh Vitor Pernambuco.
Pengendali Star City FC, Mehmet Durakovic, berkata kepulangan tiga tonggak itu mampu memberi nafas baharu kepada pasukannya dalam usaha bangkit selepas kekalahan besar pada aksi pertama.









