PENAMPANG: Seorang wanita berusia 21 tahun berjaya dipujuk pasukan bomba dan polis selepas tindakannya berada di tingkat tiga sebuah bangunan di Donggongon, di sini, mencetuskan detik cemas awal pagi, hari ini.
Terdahulu, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian jam 4.30 pagi itu.
Ketua BBP Penampang, Zeno Tingalan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.33 pagi sebelum pasukan tiba di lokasi dua minit kemudian.
Katanya, sebaik tiba, anggota bomba mendapati wanita berkenaan berada di tingkat tiga bangunan itu.









