KLANG – Sebanyak 909 kompaun dikeluarkan kepada pesalah pembuangan sampah haram hasil tindakan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam tempoh sembilan tahun ini.
Pengarah Komunikasi MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 576 kompaun telah dibayar melibatkan hasil sebanyak RM247,360.
Katanya, tindakan kompaun itu hasil 103 kes pembuangan sampah dikesan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) MBDK berbanding 109 bagi tempoh sama tahun lalu.
“Penggunaan teknologi CCTV ini membolehkan MBDK menjalankan pemantauan secara lebih sistematik serta membantu mengenal pasti kenderaan dan pihak yang disyaki terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram.








