am@hmetro.com.my
Hulu Langat: Pemilik tanah yang dijadikan tapak pembuangan haram di Laman Kesuma, di sini, akan diberi Notis 7A Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 supaya memulihkan tanah mereka kepada keadaan asal.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga sudah menutup laluan di kawasan tapak itu bagi menghentikan aktiviti terbabit.
Menurutnya, dalam tempoh dua minggu, pihaknya akan menyerahkan Notis 7A kepada pemilik tanah itu.
"Semakan kita mendapati tanah itu adalah milik persendirian dan Notis 7A itu akan diserahkan kepadanya," katanya ketika dihubungi Harian Metro ini.










