SEJAK kebelakangan ini, nama Azmi Saat yang juga merupakan anggota Caliph Buskers sering disebut-sebut. Bukan kerana karyanya tetapi gelagatnya dalam aplikasi Threads bikin mencuit hati ramai.

Masakan tidak, dia gemar menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak tanpa melibatkan orang lain. Sempat bertemu untuk wawancara, pemilik nama penuh Khairul Azmi Muhammad Saat itu mendedahkan bahawa platform tersebut sebenarnya agak sukar untuk diterokai golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan sepertinya.

“Tak juga aktif dalam Threads, saya lebih aktif dalam Facebook sebenarnya sebab lebih mesra dengan orang buta.

“Maknanya telefon kita mudah untuk digunakan (Facebook). Kalau Threads ini banyak benda yang tak boleh diakses.