Iskandar Puteri: Walaupun mengharungi jadual padat serta tekanan tinggi yang dihadapi, senario itu tidak menjejaskan pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz yang menganggap apa yang berlaku sebagai norma biasa bagi sebuah kelab yang harus berada di tahap terbaik

Malah pengendali kelahiran Sepanyol itu menyifatkan situasi yang dihadapi ketika ini sebagai cabaran yang menyenorokkn dan beliau menegaskan setiap pemain JDT perlu bersedia menggalas tanggungjawab serta mengekalkan momentum dengan tahap tinggi dalam setiap perlawanan.

JDT baru sahaja menamatkan perlawanan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) Khamis lalu dan kemudian beraksi dalam saingan timbal balik suku akhir kedua Piala FA, petang semalam.