KUALA LUMPUR: Usaha penambahbaikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang merangkumi aspek meminimumkan cukai bertindih, memperluas asas cukai dan mengukuhkan aspek pematuhan, dapat mendorong mewujudkan persekitaran cukai yang lebih cekap bagi perniagaan.
Rakan Pengurusan Cukai EY Malaysia, Farah Rosley, berkata ia terutamanya pelepasan bagi perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang disasarkan selain penambahbaikan terhadap mekanisme pengecualian sedia ada yang mengurangkan kos cukai terkumpul dalam rantaian bekalan.
Pada masa sama, katanya, ia juga dapat mengekalkan SST sebagai cukai ke atas penggunaan akhir.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, sebarang perubahan berkaitan perlu dilaksanakan berdasarkan panduan dasar yang jelas, tempoh rundingan yang mencukupi serta jangka masa peralihan yang sewajarnya.








