am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Rapid KL bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta agensi berkaitan sudah membuat penambahbaikan terhadap aturan lokasi mengambil dan menurunkan pengunjung perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini berkata, operasi perkhidmatan bas perantara Rapid KL meliputi aspek pengendalian dan pergerakan bas serta penumpang mengikut aturan yang ditetapkan.

"Penyelarasan trafik keseluruhan serta pengurusan aliran kenderaan di kawasan mengambil dan menurunkan pengunjung ke SIC diselaraskan bersama pihak penganjur dan agensi berkaitan.

"Justeru, penambahbaikan ini sudah dilaksanakan bermula hari ini bagi memastikan pergerakan bas perantara lebih lancar dan teratur.