Subang Jaya: Tiga premis penyembelihan dan pemprosesan ayam di Taman Perindustrian Puchong, di sini, diarah tutup selepas dikesan beroperasi dalam keadaan kotor selain tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, semalam.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tegas itu diambil selepas dua daripada premis terbabit sekadar memperoleh penarafan kebersihan Gred D, manakala sebuah lagi menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

Menurut kenyataan itu, tindakan penutupan tersebut adalah sebahagian daripada hasil operasi bersepadu membabitkan 89 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan MBSJ dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Operasi ini memberi tumpuan khusus kepada aspek pematuhan syarat pelesenan, tahap kebersihan premis serta kesihatan dan keselamatan awam.