KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), masih menjalankan siasatan terperinci berhubung isu aktiviti penyembelihan ayam yang diragui status halalnya di Puchong, Selangor.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN bertanggungjawab terhadap aspek penandaan halal pada peringkat peruncitan, termasuk memastikan penggunaan perihal dagangan halal pada produk yang dipasarkan adalah sah dan tidak mengelirukan pengguna."Apabila produk-produk itu dipasarkan pada peringkat runcit, bila mana mereka membuat penandaan halal itu, kita akan membuat verifikasi sama ada penandaan halal itu bersandarkan kepada sumber yang betul-betul halal."Jadi kalau ada perihal dagangan yang palsu, kita akan ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan produk terbaharu Tealive Sparkling Prebiotic Tea Soda di Pavilion Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Beliau berkata, Jakim akan mengumumkan perkembangan siasatan berkenaan dari semasa ke semasa.Pada 30 Oktober lepas, media melaporkan lebih 6.5 tan ayam mentah dianggarkan bernilai RM85,400 dirampas dalam satu serbuan di sebuah gudang di Puchong, yang disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam tanpa sijil halal yang sah.Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan dipercayai menggunakan kaedah rendaman air berarus elektrik dengan kadar voltan terlalu tinggi, sehingga menyebabkan ayam mati sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status halal produk itu. - Bernama
Isu sembelih ayam di Puchong: KPDN, Jakim masih jalankan siasatan - Armizan

Key takeaways
KPDN dan Jakim masih menyiasat aktiviti penyembelihan ayam yang diragui halal di Puchong selepas serbuan pada 30 Oktober yang merampas lebih 6.5 tan ayam mentah bernilai RM85,400.
- KPDN bertanggungjawab mengesahkan penandaan halal pada peringkat runcit.
- Jakim akan mengumumkan perkembangan siasatan secara berkala.
- Serbuan pada 30 Oktober merampas 6.5 tan ayam mentah tanpa sijil halal sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Renjat ayam hingga mati, premis di Puchong didapati sembelih bangkai
- Free Malaysia Today KPDN, Jais siasat kes premis sembelih ayam tak halal di Puchong
- Sinar Harian Isu sembelih ayam di Puchong: KPDN, Jakim masih jalankan siasatan - Armizan (this story)








