Kuala Lumpur: Mana-mana premis yang melaksanakan penyembelihan haiwan ternakan tanpa lesen dan bukan pemegang sijil halal akan dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pemilik premis yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan sewajarnya selaras dengan perundangan yang sedang berkuat kuasa.

Semalam, satu serbuan dilaksanakan terhadap sebuah gudang penyembelihan ayam di Puchong, Selangor menerusi operasi 'Op Taring Chiller' membabitkan beberapa agensi.

Menerusi serbuan itu, pihak berkuasa menahan 12 lelaki warga asing serta rampasan 6,555 kilogram (kg) ayam mentah dianggarkan bernilai RM85,400.