JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat kerugian hampir setengah juta ringgit selepas seorang pekerja terpedaya helah 'scammer' yang menyamar majikannya yang kemudian mengarahkannya memindahkan wang syarikat ke akaun pihak ketiga.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pekerja wanita berusia 35 tahun semalam.
Beliau berkata, mangsa menerima pesanan ringkas daripada nombor telefon suspek yang menyamar majikannya kira-kira jam 10 pagi.
Menurutnya, mangsa diarahkan memindahkan wang syarikat berjumlah RM486,000 ke akaun suspek bagi tujuan pembayaran kontrak baharu.










