KUALA LUMPUR: Sistem penguatkuasaan halal di negara ini perlu beralih daripada sekadar bergantung kepada aduan awam kepada kaedah pemantauan lebih proaktif, sistematik serta berasaskan risiko bagi memastikan integriti pensijilan terus terjamin.
Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya sekadar bertindak setelah isu berkaitan halal menjadi tular di media sosial.
Menurutnya, pemeriksaan berkala, audit mengejut, pemantauan rantaian bekalan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan secara konsisten, termasuk terhadap syarikat yang sudah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
"Bagaimanapun, kita juga perlu menghargai peranan agensi agama dan agensi penguat kuasa yang berhadapan dengan tanggungjawab besar, kekangan sumber manusia, bidang kuasa serta kerumitan rantaian bekalan makanan moden.








