KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang membuka tirai hari ini dengan proses penamaan calon menyaksikan persaingan satu lawan satu dan tiga penjuru masing-masing di 11 daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding.
Baki enam kerusi pula menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon daripada parti politik yang bertanding.
Corak persaingan kali ini jauh berbeza berbanding PRN Melaka 2021 yang menyaksikan kebanyakan kerusi ditandingi lima atau enam calon, tanpa sebarang pertembungan satu lawan satu.
Bagi persaingan satu lawan satu, antara yang menjadi tumpuan ialah DUN Tanjung Bidara apabila penyandangnya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN) dicabar muka baharu Pakatan Harapan (PH), Mohd Yunazri Mustamiri.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fpadh_881432.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)