KUALA LUMPUR: Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sabah menjadi detik bermulanya bibit percintaan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Syed Saddiq, 33, mengakui tidak pernah menyangka akan jatuh cinta dengan keistimewaan negeri di bawah bayu itu ketika menjalani penggambaran di pelbagai lokasi sebelum ini.

"Selepas dua hingga tiga bulan pergi ke pelbagai negeri, apabila datang ke bumi Sabah saya rasa sesuatu yang luar biasa. Bila 'touch down' sahaja, terus bermula rasa cinta.

"Ketika pergi dari pulau ke pulau, saya dapat mengenali Bella dan keluarganya dengan lebih rapat.