Kuala Lumpur: Selangor FC tidak mahu mengambil mudah cabaran Star City FC dalam pertemuan esok malam dalam saingan Liga Super dan berhasrat meneruskan momentum kemenangan agar terus mengutip tiga mata penuh.

Menurut Kim Pan-gon, biarpun ketika ini skuad kendaliannya mempunyai rekod yang agak cemerlang, namun itu bukan jaminan sebaliknya beliau terus memberi tumpuan kepada beberapa aspek agar pasukan benar-benar bersedia menghadapi perlawanan itu.

Katanya, beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selaku tuan rumah harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar tidak tercicir mata kepada pasukan lawan.

"Saya fikir setakat ini prestasi pasukan baik, tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan akan memberi tumpuan kepada aspek bertahan apabila kami mudah dibolosi serta membenarkan lawan melakukan serangan balas.