KOTA BHARU – Negara tidak akan berdepan risiko muflis hanya kerana kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk membantu golongan miskin dan rakyat yang kurang berkemampuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah membuktikan bahawa tiada negara menjadi muflis kerana membantu rakyat susah, sebaliknya kerosakan negara berpunca daripada salah laku pemimpin, kelemahan tatakelola dan kerakusan mengaut kekayaan bukan hak mereka.

Menurutnya, kerajaan membuktikan komitmen membantu rakyat apabila memperuntukkan RM34 bilion tahun ini bagi peningkatan gaji minimum penjawat awam, Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Kerajaan menanggung kos sebanyak RM18 bilion bagi kenaikan gaji minimum penjawat awam sebanyak 15 peratus manakala RM16 bilion lagi diperuntukkan untuk Sara dan STR.