JAKARTA – Seorang pemilik kereta Porsche menjadi sensasi internet kerana dirakam memberikan sejumlah wang kepada seorang penunggang motosikal yang melanggar kenderaannya di Indonesia.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pointofviews.news menunjukkan pemilik Porsche dikenali sebagai Koko itu sedang melihat kesan calar apda keretanya.
Daripada memarahi penunggang motosikal berkenaan, dia hanya bersikap tenang dan memberikan wang kepadanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 8,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.









