Kuala Lumpur: Keupayaan melepaskan pukulan deras dan corak permainan lebih agresif mampu menjadi senjata utama Lee Zii Jia apabila format kiraan 15 mata diperkenalkan dalam kejohanan badminton antarabangsa bermula Januari depan.
Bekas pemain perseorangan negara, Datuk Rashid Sidek, percaya perubahan format itu memberi kelebihan kepada Zii Jia yang kini dilihat semakin kembali kepada identiti permainan sebenar dengan menggunakan kekuatan pukulan smesy untuk menekan lawan.
Menurutnya, format lebih pendek itu sesuai dengan pemain yang gemar menyerang kerana setiap mata menjadi lebih penting, sekali gus memberi tekanan kepada lawan untuk mengawal rentak permainan.
"Permainan Zii Jia sudah berubah. Dia kini lebih agresif dan menggunakan kekuatannya, terutama smesy, untuk mencipta peluang. Inilah permainan sebenar Zii Jia.










